Home

Friday, 28 October 2011

Yete Dunia~ Magic show yang membawa ke Tragic Show


Pergh memang tragic... nak wat silap mata tapi last2 potong punya potong badan terpotong kepala isterinya sendiri.. ermm memang sedih,, mesti laki tu salah kan diri die dan insaf tak main magic lagi..

kalau anda rasakan entri kali ini Terbaik mari kongsikan pada rakan anda dengan klik buton share di bawah ^^

Wednesday, 26 October 2011

Yete?~ Kelebihan Di Solat Fardhu

Tiang agama, amalan pertama disoal
Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
Selamat dari azab kubur
Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.
Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.
Gugur dosa
Dari Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa.” .
Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.
Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”
Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”
(Surah Hud, Ayat 114)

Tuesday, 25 October 2011

Yete Terbaik~ Cold Fish 2010

Meh aku bagi link kat korang citer Cold Fish, ha ni cita jepun subtitle omputeh la yew. ape lagi jom la layan ahakz slamat menonton^^ : Genre: Horror

Trailer  :





kalau anda merasakan entri yeteee kali ini terbaik mari kongsikan bersama rakan2 anda dengan klik button share kat dibawah..

Sunday, 23 October 2011

Yete Terbaik~ Movie Syukur 21

Ni dia filem Syukur 21 da lama tak tengok jadi kalau koran rasa nak tengok tu silakan aku da sedia kan da link nye apa lagi jom layan~

Sinopsis: The movie Syukur 21 has the futuristic element and the background of 2021.It tells the life of humans that are peaceful,harmony and full of calm without the existence of crimes in 2021.Kamal who is in fifties and had lived in Unites States of America for 30 years lives the life full of wealth and have a materialistic attitude.He cannot saved his marriage.Kamal which is an expert in multimedia is assigned to Malaysia to coordinate a few programs in Raudah, an organisation complete with access to facilities, technologies and management system established by Raihan. In Raudah it includes housing area, recreation, shopping complex and an academy.Kamal finds that society of Malaysia has changed including the usage of modern technologies and also seeing the principle of life they run. Raudah also becomes the place to heal the morality of peoples so that they can become better person and not materialistic. Kamal also meets his mother which works as a volunteer in Raudah while working there.His son Daniel also works there.

Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.

Part 1

Part 2

Part 3

part 4


part 5


part 6


part 8


part 9

kalau anda merasakan entri yeteee kali ini amat Terbaik mari kongsi kan pada rakan2 anda yang dengan kilk buton share di bawah ^^

Yete Terbaik~ Gores tangan dan Menang!

Ahahaha ni dia video aku bru tengok kat youtube mamat ni gores tangan dia sampai abis.. kalau gores dan menang leh la trima lagi ni gores dan cacat ahahahahaha jom layan~


ahahaa lawak la..

Kalau korang rasa entri ni Terbaik mari kongsi kan pada rakan-rakan anda yang lain dengan kilk button share di bawah.. ^^

Yete Dunia~ Lagi Kemalangan~

Ni dia aku ade amik sikit video-video kemalangan bukan niat memalukan sesiapa tapi biar lah jadi pengajaran.. apa2 hal nak bawak laju biar la expert ahahaha.. jom layan~

nak tunjuk lap depan awek las2 dua2 tersungkur


hijau pandu cermat.. oren ready pecut. merah balun!! 

OOoo tak nak bayar tambang ye~ Meh aku humban korang 


len kli mengucap dulu kan da kene..Aku langgar kau ahahaha

Kalau korang rasa entri ni Terbaik mari kongsi kan pada rakan-rakan anda yang lain dengan kilk button share di bawah.. ^^