Home

Friday, 28 October 2011

Yete Dunia~ Magic show yang membawa ke Tragic Show


Pergh memang tragic... nak wat silap mata tapi last2 potong punya potong badan terpotong kepala isterinya sendiri.. ermm memang sedih,, mesti laki tu salah kan diri die dan insaf tak main magic lagi..

kalau anda rasakan entri kali ini Terbaik mari kongsikan pada rakan anda dengan klik buton share di bawah ^^

Wednesday, 26 October 2011

Yete?~ Kelebihan Di Solat Fardhu

Tiang agama, amalan pertama disoal
Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim..
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
Selamat dari azab kubur
Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.
Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.
Gugur dosa
Dari Abu Huraira Sabda rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sungai; dia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari, apakah ada lagi kotoran pada badannya? Sahabat menjawab “Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi.” Kata Rasulullah, “Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa.” .
Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.
Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”
Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat”
(Surah Hud, Ayat 114)

Tuesday, 25 October 2011

Yete Terbaik~ Cold Fish 2010

Meh aku bagi link kat korang citer Cold Fish, ha ni cita jepun subtitle omputeh la yew. ape lagi jom la layan ahakz slamat menonton^^ : Genre: Horror

Trailer  :





kalau anda merasakan entri yeteee kali ini terbaik mari kongsikan bersama rakan2 anda dengan klik button share kat dibawah..

Sunday, 23 October 2011

Yete Terbaik~ Movie Syukur 21

Ni dia filem Syukur 21 da lama tak tengok jadi kalau koran rasa nak tengok tu silakan aku da sedia kan da link nye apa lagi jom layan~

Sinopsis: The movie Syukur 21 has the futuristic element and the background of 2021.It tells the life of humans that are peaceful,harmony and full of calm without the existence of crimes in 2021.Kamal who is in fifties and had lived in Unites States of America for 30 years lives the life full of wealth and have a materialistic attitude.He cannot saved his marriage.Kamal which is an expert in multimedia is assigned to Malaysia to coordinate a few programs in Raudah, an organisation complete with access to facilities, technologies and management system established by Raihan. In Raudah it includes housing area, recreation, shopping complex and an academy.Kamal finds that society of Malaysia has changed including the usage of modern technologies and also seeing the principle of life they run. Raudah also becomes the place to heal the morality of peoples so that they can become better person and not materialistic. Kamal also meets his mother which works as a volunteer in Raudah while working there.His son Daniel also works there.

Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.

Part 1

Part 2

Part 3

part 4


part 5


part 6


part 8


part 9

kalau anda merasakan entri yeteee kali ini amat Terbaik mari kongsi kan pada rakan2 anda yang dengan kilk buton share di bawah ^^

Yete Terbaik~ Gores tangan dan Menang!

Ahahaha ni dia video aku bru tengok kat youtube mamat ni gores tangan dia sampai abis.. kalau gores dan menang leh la trima lagi ni gores dan cacat ahahahahaha jom layan~


ahahaa lawak la..

Kalau korang rasa entri ni Terbaik mari kongsi kan pada rakan-rakan anda yang lain dengan kilk button share di bawah.. ^^

Yete Dunia~ Lagi Kemalangan~

Ni dia aku ade amik sikit video-video kemalangan bukan niat memalukan sesiapa tapi biar lah jadi pengajaran.. apa2 hal nak bawak laju biar la expert ahahaha.. jom layan~

nak tunjuk lap depan awek las2 dua2 tersungkur


hijau pandu cermat.. oren ready pecut. merah balun!! 

OOoo tak nak bayar tambang ye~ Meh aku humban korang 


len kli mengucap dulu kan da kene..Aku langgar kau ahahaha

Kalau korang rasa entri ni Terbaik mari kongsi kan pada rakan-rakan anda yang lain dengan kilk button share di bawah.. ^^




Friday, 21 October 2011

Yete Pelik?~ The Grifter- Sebuah Video yang Membunuh!

Pasti korang tertanya-tanya kan apa benda Video yang bertajuk The Grifter tu? ni pun aku dapat tahu dari kawan aku tentan video ni, Diakatakan pada siapa yang melihat video ni akan membuat seseorang itu membunuh diri.. kalau tak silap aku, sapa yang tengok video akan mengalami Muntah2, mimpi buruk, dan akhir nya bunuh diri kerana tidak tahan dengan imej video yang mengerikan itu.. apa yang aku baca la kan pada awal video ni akan memapar kan imej laman rumah, kemudian imej bayi dibunuh, dan sebagai nya.. aku syor kan kat korang yang lemah semangat tu jangan sesekali TENGOK! sebab takut korang muntah.. kawan aku cakap la kan video ni macam manipulate otak kita, macam akan sntiase imej ngeri tu bermain difikiran kita.. tapi aku rileks ja.. dan ada aku kaji juga video tu dibuat untuk kajian "mind control" kira projek rahsia kerajaan dorang la tu.. Tapi sekali lagi aku syor  kan tak yah la TENGOK yang lemah semangat tu.. ni ada sedikit imej untuk video ni dan video nye pun...

Kalau korang rasa entri ni Terbaik mari kongsi kan pada rakan-rakan anda yang lain dengan kilk button share di bawah.. ^^

Yete Dunia~ Ustazah Pilihan Ok ke Tak OK?

Salam~ ahahaha seperti sedia maklum la ye.. tentang program realiti Ustazah pilihan ni.. korang agak wajar ke tak wajar bagi aku ia nya amat tak wajar sekali.. sebab bagi aku program macam ni umpama menunjuk-nunjuk yang mereka ni beriman dan berilmu, pada awal nya elok la.. tapi bila da lama-lama mula nampak belang ada yang besolek-solek la.. menunjuk2 la.. apa pun tak boleh! itu kata aku tapi apa pula kata para Ustaz kita n? jadi mari la sama2 renung kan..




Jadi apa kata korang pulak???

Wednesday, 19 October 2011

Yete Dunia~Budak 2 tahun dichina kene lenyek dengan Van.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Korang semua mesti dah tau cerita pasal ini kan yang telah tesebar di radio Hot.fm dan juga laman sosial facebook.com. Ramai yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku, hal ini disebab kan mereka menggap rakyat di Negara China memang tiada peri kemanusian kerana membiarkan sahaja budak itu terlentang tanpa sebarang pertolongan.

Ya! jawapan untuk semua itu adalah YA! kerana undang-undang di China adalah kepada sesiapa sahaja yang menolong seperti menolong seorang makcik yang jatuh basikal ke, jatuh longkang ke, ada budak kena langgar ke, dan orang yang tolong itu yang kena tanggung kesemua kos perubatan mereka. Mana pergi sifat kemanusiaan yang telah dijadikan pada manusia ni? adakah sifat itu telah dihapuskan?.

Apabila saya dapat tahu berita ini, saya amat sedih sekali setelah melihat sendiri video yang dimaksud kan itu, dan saya beharap sangat semoga dengan apa yang berlaku mereka dapat menjadikan ia sebagai satu pengajaran dan mengubal kembali undang-undang yang telah mereka laksanakan. Kerana undang-undang mereka amat la kejam bagi saya yang bersifat kemanusiaan ini. sekian~

 

Yete Terbaik~ Comic Life The Fighter

Ha ini lagi satu Video yang aku rasa best la, ahahaha korang macam mana pulak? layan~

Yete Dunia~ Suara Wanita Aurat atau Tidak?


Assalmualaikum dan salam sejahtera, kali ni saya ingin bercerita sedikit tentang Suara Wanita Aurat atau Tidak?,
Berbalik pada tajuk diatas seperti yang kita semua sedia tahu bahawa suara wanita itu aurat , jikalau ianya aurat maka haram lah mendengar suara wanita bukan? maka haramlah wanita bernyanyi dihadapan mereka yang bukan muhrim, maka haram lah wanita bersembang dengan lelaki.
 
Sebenarnya suara wanita haram apabila disertakan dengann perbuatan  haram atau mungkar namun mendengarkannya tidaklah haram. Keharamannya itu terbatas pada mendengarkannya secara langsung dari penyanyinya ditempat maksiat (contohnya konsert secara langsung), bukan kerana suara penyanyi wanita itu aurat. Keharaman itu terletak pada sikap berdiam diri terhadap nyanyian yang berisi kata-kata mungkar dan sipenyanyi wanita tersebut menampilkan kecantikkannya untuk ditonjolkan dengan membuka auratnya, misalnya rambut, leher, dada, betis, paha dan bahagian aurat lainnya. Inilah yang diharamkan oleh syara’, bukan kerana masalah mendengarkan nyanyian wanita itu

Suara wanita bukan aurat kerana jika disebut demikian, mengapa Rasulullah SAW mengizinkan dua budak wanita menyanyi di rumahnya ? Selain itu, baginda SAW juga tidak keberatan berbicara dengan kaum wanita, sebagaimana yang terjadi ketika menerima bai’at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan beliau pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan menyanyi di hadapan Rasulullah SAW. Semua keterangan tersebut dan keterangan serupa lainnya menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat.

Selain itu, syara’   telah memberikan hak dan kekuasaan/kebenaran  kepada kaum wanita untuk  melakukan aktiviti jual-beli, berdagang, menyampaikan ceramah atau mengajar, mengaji Al Quran di rumah sendiri, membaca qasidah atau syair dan sebagainya. Jika suara mereka itu dianggap aurat atau haram diperdengarkan maka tentu syara’ akan mencegah mereka melakukan semua aktiviti tersebut. Inilah hujjah yang kuat. Memang diakui, syara’ melarang wanita menampilkan perhiasannya di hadapan kaum lelaki yang bukan mahramnya, melenggak-lenggok atau manja dalam berbicara sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...”[An Nur: 31]

Syara’ tidak melarang wanita berbicara dengan lelaki dengan syarat ia tidak menampilkan kecantikkan atau perhiasannya kepada masyarakat umum di samping ketentuan lain yang telah ditetapkan oleh syara’. Oleh kerana itu, mendengar suara wanita tidaklah haram sebab ianya bukan aurat. Tidak ada larangan wanita untuk berbicara dengan kaum lelaki kecuali dengan suara manja, merayu, mendayu atau keluhan yang dapat menimbulkan  keinginan kaum lelaki untuk berbuat jahat, serong dan perbuatan dosa besar yang lainnya terhadap wanita tersebut. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya yang mafhumnya:

“...maka, janganlah kamu tunduk ketika berbicara (dengan manja, merayu, dan sebagainya).(sebab), nanti akan timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (keinginan nafsu berahinya). Dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan santun).” [Al Ahzab:32]

Apabila wanita sudah melanggar perintah tersebut maka tidak hanya dirinya yang terlibat dalam perbuatan dosa atau haram, tetapi setiap orang yang membiarkan hal tersebut kerana mereka tidak menyeru kepada yang ma’ruf terhadap wanita itu dan tidak pula mencegahnya melakukan  yang mungkar.

Rasulullah SAW bersabda mengenai hal ini:

“Siapa saja di antara kalian yang melihat adanya kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya. Jika ia tidak mampu melakukannya, maka hendaklah dengan lisannya. Kalau inipun tidak mapu dilakukannya, maka hendaklah dengan menolaknya dii dalam hatinya. Tetapi itulah iman yang selemah-lemahnya.” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i  dan Ibn Majah]

Artikal ini dipetik dari http://unity99.tripod.com/suara.html

Itu lah sedikit penjelasan tentang suara wanita aurat atau tidak, jadi saya harap korang semua memahami apa yang ingin disampai kan dalam artikal kali ini. Wallahu'alam

     

Yete Terbaik~ Mat salleh nyanyi lagu loghat kelate

Aku sendiri pun tak pandai loghat kelate ni, tapi mat salleh ni, tapi apa-apahal kau memang best la ahahaha tak boleh blah~

Yete Pelik?~ Korang rasa betul ke ni awan?

Saya tak tau la nak cakap macam mana, Sume kuasa Nya~ Tapi bagi korang semua awan ke just asap atau apa-apa yang sewaktu dengan nya??

Yete?~ KAMI KAUM ADAM MERAYU PADA KAUM HAWA~

 
Asalammualaikum kawan-kawan, saya budak baru nak belajar main blogspot ni. Tapi ada yang saya hendak kongsi kan kepada kawan-kawan apa yang saya tidak berapa berkenan~ Jadi mari lah saya cerita kan, tapi saya rasa tajuk ni sudah basi bagi kawan-kawan semua, tidak mengapa kalau hadir saya disini untuk berkongsi cerita saja.

  Begini semasa waktu lunch tadi sedang saya syok makan nasi berlauk kan ayam dan juga kangkong disertakan dengan air kegemaran saya teh o ais, biasa la time lunch banyak awek-awek makan kan maklum la time rehat. tapi kalau makan biasa saja tidak mengapa kawan-kawan, ini dengan berpakaian yang amat memalukan saya sebagai umat islam haih saya pun tak berapa bagus dalam agama tapi saya tau juga hukum hakam agama. Adakah patut (Tak patut-patut) da pakai tudung tapi pakaian yang amat la ketat sehingga menampak kan jelas tubuh badan beliau dan kawan-kawan beliau.

 Amboi demo~ tergugat keimanan den~ kalau dada beliau dan kawan-kawan beliau itu kecik boleh ditahan lagi nafsu ini, tetapi dada mereka sunguh cantik seperti ketinggian Gunung Kinabalu di Sabah,(hapa Pun Tak Boleh~) saya bukan apa, saya cuma ingin sangat mengingati kepada kaum-kaum hawa ini berpakaian yang menepati syariah islam, saudari sekalian tahu tidak yang kami kaum adam melawan nafsu sahaja setiap kali melihat saudari semua berpakaian sebegitu rupa. Kesian ni la kami~ jangan dicabar nafsu kami. Binasa badan sendiri nanti~ sekali lagi KAMI MERAYU KEPADA SAUDARI! TOLONG BERPAKAI AN MENGIKUT SYARIAH ISLAM.. bukan kami sahaja dapat dosa saudari juga dapat dosa, tetapi saudari dah menyusah kan ayah, adik dan abang saudari kerana saudari mereka dapat dosa kerana gagal tegur saudari. Saudari Seislam saya ni, jangan sebab saudari mereka susah. Kalau saudari tidak kesian kan diri saudari sendiri tidak mengapa tapi kesian kan lah abang,adik dan ayah saudari. SEKALI LAGI KAMI MERAYU TOLONG MEMAKAI PAKAIAAN YANG MENUTUP AURAT.

note: kalau nak sangat pakai macam tu, pakai la depan suami saudari jangan dikhlayak ramai. Suami puji saudari sexy, tergoda ngan saudari, dapat la pahala :). Tapi kalau tayangan umum lak saudari dapat dosa dan suami dapat dosa. Sayang suami tak? Sayang? kalau sayang buktikan dengan menjadi wanita soleha~